Kreativitinya menghasilkan tudung anti kerongsang lebih 15 tahun lalu membuka lembaran baru dalam hidup wanita ini. Siapa sangka eksperimen kecil Siti Murni Abdul Aziz, 39, itu berjaya. Daripada dunia penyiaran, beliau beralih sepenuhnya kepada perniagaan. Lantas membina jenama fesyen Muslimah yang bukan sahaja bergaya tetapi praktikal. Katanya, ilham untuk menghasilkan tudung itu tercetus secara spontan kerana ‘alahan’ dialami ketika bertugas sebagai pembaca berita di stesen penyiaran tertua tanah air. Kulitnya…










