MENU masak lemak kali ini cukup istimewa kerana menampilkan gabungan yang jarang diolah bersama dalam satu sajian.
Rasa lemak manis sotong dan kelembutan pucuk paku menjadikan hidangan ini bukan sahaja unik malah membangkitkan selera.
BAHAN-BAHAN:
-9 biji cili api merah
-3 inci kunyit hidup
-1 batang serai (diketuk)
-1 helai daun kunyit (dikoyak)
-Air secukupnya
-1 kilogram sotong
-1 asam keping
-Garam kasar dan serbuk
-Perasa secukupnya
-1 kotak santan (200 mililiter)
-2 ikat pucuk paku
CARA MEMASAK:
-Kisar cili api dan kunyit
-Masukkan bahan kisar, serai dan daun kunyit. Masak sehingga air kering.
-Tambah air secukupnya.
-Kacau dan masukkan sotong.
-Masukkan asam keping, garam kasar dan serbuk perasa.
-Kacau dan biar mendidih.
-Masukkan santan dan kacau sehingga mendidih.
-Masukkan pucuk paku.
-Kacau sehingga masak sekata dan tutupkan api.
-Sedia untuk dihidangkan.










