Kolam dianggap sebagai titik tumpu ruang setiap kali tibanya Deepavali. Ia lazimnya diletakkan di pintu masuk rumah, lobi hotel atau ruang legar bangunan yang menjadi sambutan pertama bagi tetamu yang melangkah masuk. Sehingga kini, dekorasi istimewa perayaan itu masih mengekalkan gaya tradisinya, namun diberi sedikit nafas baharu dengan sentuhan moden. Seperti yang dilakukan oleh tiga beradik, Gajendran, Sugu dan Kanaga yang giat berkarya dalam seni penghasilan kolam menerusi perniagaan dekorasi,…