Kombinasi tekstur rangup di luar dan gebu di dalam, menjadikan pavlova kekal sebagai pemanis mulut kegemaran ramai. Namun, jika anda mahu sesuatu yang berbeza, apa kata cuba pavlova matcha perkongsian Noor El Enisa Abd. Ghani. Sentuhan teh hijau Jepun ini bukan sahaja memberikan warna hijau lembut yang cantik, malah menyuntik aroma unik antara manis dan sedikit pahit. Bahan-bahan: 4 biji putih telur 1 sudu teh cuka putih atau jus lemon…