HIDANGAN tradisional masyarakat Dayak di Sarawak ini cukup terkenal dengan keunikan rasanya.
Berdasarkan resipi asal, manok pansoh dimasak di dalam buluh yang diletakkan di atas bara api.
Namun, seiring arus kemodenan, ia kini boleh disediakan dengan menggunakan periuk biasa di rumah.
Walaupun cara masakan lebih ringkas dan mudah, keenakan serta keaslian rasanya tetap dapat dinikmati.
Bahan-bahan
-1/2 ekor ayam kampung/ayam biasa (potong sederhana)
-2 batang serai (diketuk)
-4 ulas bawang putih
-4 ulas bawang merah kecil
-1 inci halia
-1 batang bunga kantan (dipotong kecil)
-Segenggam pucuk daun ubi (diramas)
-2 sudu serbuk secukup rasa
-1 1/2 cawan air
Cara penyediaan
-Tumbuk halus bawang merah, bawang putih dan halia.
-Masukkan ayam dalam periuk dan gaulkan dengan bawang merah, bawang putih, halia, bunga kantan, serai dan serbuk secukup rasa.
-Tuangkan air dan masukkan daun ubi.
-Renehkan dengan api sederhana selama 25 hingga 30 minit.
-Sedia untuk dihidangkan.










