UDANG merupakan antara hidangan laut kegemaran ramai, sama ada dimasak sambal, lemak cili padi, goreng mentega, tomyam mahupun kari.
Namun, jika mahukan sesuatu yang berbeza, cubalah pula resipi udang bakar sambal kelapa.
Gabungan rasa manis udang dengan aroma wangi sambal kelapa pasti memikat selera seisi keluarga.
*cadangan hidangan untuk 10 orang
Bahan-bahan:
Untuk udang
-Udang 20 ekor
Untuk inti kelapa
-400 mililiter minyak masak
-160 gram bawang merah
-80 gram bawang putih
-100 gram halia tua
-120 gram serai
-50 gram cili padi
-140 gram cili hijau
-25 gram daun pandan
-80 gram kunyit hidup
-10 gram asam keping
-70 gram udang kering (disangai)
-10 gram serbuk kunyit
-250 mililiter santan
-180 mililiter susu cair
-Garam/gula secukup rasa
-90 mililiter sos ikan Thai
-200 gram kelapa parut (disangai)
Cara penyediaan:
Untuk udang
-Potong bahagian belakang udang dan cuci sehingga bersih
-Cucuk udang menggunakan lidi supaya dapat mengekalkan kedudukannya selepas dimasak
-Kemudian, masak udang di atas kuali.
Untuk inti kelapa
-Kisar bawang merah dan putih, halia tua, kunyit hidup, serai, kunyit, cili padi serta cili hijau.
-Tumis bahan kisar bersama daun pandan dalam kuali sehingga wangi.
-Masukkan asam keping, udang kering dan serbuk kunyit.
-Kemudian, masukkan santan dan susu cair.
-Masukkan kelapa parut yang disangai dan gaul hingga rata
-Perasakan dengan garam, gula dan sos ikan Thai.
-Masukkan inti dalam udang.
-Sedia untuk dihidangkan.










