AIR matanya tumpah mengenangkan nasib anak-anak Indonesia di Malaysia yang serba kekurangan. Tanpa dokumen pengenalan diri, terpinggir daripada alam persekolahan dan akhirnya membesar dalam keadaan buta huruf. Di lubuk hati isteri kepada Duta Besar Republik Indonesia di Malaysia, Kiki Hermono, 65, tidak sanggup rasanya melihat generasi kecil itu kehilangan masa hadapan hanya kerana status mereka. Selaku Ketua Dharma Wanita Persatuan (DWP) Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) Kuala Lumpur, beliau menyokong…









