WALAUPUN lapan dekad berlalu, peristiwa ngeri menjadi mangsa dalam serangan bom atom di Hiroshima masih segar di ingatan Bae Kyung-Mi. Dia berusia lima tahun ketika Amerika Syarikat (AS) menjatuhkan bom atom Little Boy yang memusnahkan bandar di Jepun itu pada 6 Ogos 1945. Seperti ribuan etnik Korea lain yang bekerja di Hiroshima ketika itu, keluarganya menyimpan kisah ngeri tersebut sebagai rahsia. Ini kerana, ramai yang takutkan stigma kerana melakukan kerja…