Kim Yo Jong, figura berpengaruh di belakang rejim Korea Utara

Kim Yo Jong, figura berpengaruh di belakang rejim Korea Utara

This picture taken on August 10, 2022 and released from North Korea's official Korean Central News Agency (KCNA) on August 14, 2022 shows Kim Yo Jong, the sister of North Korea's leader Kim Jong Un, speaking at the National Emergency Prevention General Meeting in Pyongyang. North Korean leader Kim Jong Un declared a "shining victory" over Covid-19 as his sister revealed he had fallen ill during the outbreak, which she blamed on Seoul, state media said on August 11. (Photo by KCNA VIA KNS / AFP) / South Korea OUT / REPUBLIC OF KOREA OUT ---EDITORS NOTE--- RESTRICTED TO EDITORIAL USE - MANDATORY CREDIT "AFP PHOTO/KCNA VIA KNS" - NO MARKETING NO ADVERTISING CAMPAIGNS - DISTRIBUTED AS A SERVICE TO CLIENTS - THIS PICTURE WAS MADE AVAILABLE BY A THIRD PARTY. AFP CAN NOT INDEPENDENTLY VERIFY THE AUTHENTICITY, LOCATION, DATE AND CONTENT OF THIS IMAGE --- /
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong Un terkenal dengan pemerintahan kuku besinya dan dasar luar yang tegas.

Di sebalik kelibatnya, wujud seorang wanita berpengaruh yang jarang tampil di khalayak, tetapi berperanan besar dalam mencorakkan haluan ‘negara tertutup’ itu.

Kim Yo Jong, adik perempuannya kini semakin dikenali sebagai figura berpengaruh yang mengawal naratif dan imej rejim Pyongyang.

Sering dilihat di sisi abangnya, beliau bukan sekadar orang kepercayaan, malah berpotensi menjadi pewaris seterusnya takhta kepemimpinan negara itu.

Dilahirkan pada 1987 atau 1988, Yo Jong merupakan satu-satunya adik perempuan Jong Un dan antara lima anak Kim Jong Il, yang memerintah Korea Utara dari 1994 hingga 2011.

Tidak banyak diketahui mengenai latar belakang pendidikannya, selain pernah menghabiskan sebahagian zaman muda di Bern, Switzerland, di mana beliau mendapat pendidikan bersama abangnya.

Yo Jong kemudian melanjutkan pengajian di Universiti Kim Il Sung di Korea Utara.

Sejak kemunculan awam pertama di majlis pengebumian bapanya pada 2011, Yo Jong lantas mengukuhkan kedudukan sebagai tokoh penting dalam lingkaran kuasa abangnya, satu pencapaian yang tidak pernah dicapai oleh adik beradik kandung atau tiri lain.

INDIVIDU PALING DIPERCAYAI
Abang sulung Jong Un, Kim Jong Chul, dilaporkan menjalani kehidupan tenang jauh daripada politik selepas diketepikan daripada pewarisan kuasa.

Sementara itu, abang tirinya, Kim Jong Nam, yang didakwa menjadi pemberi maklumat kepada Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat, dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 2017.

Yo Jong pula dipercayai menjadi salah seorang ‘orang kanan’ abangnya dan sering dilihat bersama pada acara umum penting, termasuk pameran senjata nuklear Korea Utara serta lawatan antarabangsa berprofil tinggi.

Sejak memegang jawatan sebagai Timbalan Pengarah Jabatan Propaganda dan Pergolakan Parti Pekerja pada 2014, Yo Jong berada di barisan hadapan dalam penyebaran mesej ideologi Korea Utara, termasuk menulis banyak kenyataan keras Pyongyang.

Beliau disenaraikan dalam senarai hitam Jabatan Perbendaharaan AS pada 2017.

Pada 2023, selepas AS dan Korea Selatan memperkukuh pakatan ketenteraan, Yo Jong menyifatkan Presiden Joe Biden sebagai ‘orang tua tanpa masa depan’ dan bekas Presiden Yoon Suk Yeol seperti ‘anjing lapar yang menyalak kerana gembira mendapat tulang’.

Beliau turut menggelar pembelot Korea Utara di Selatan sebagai ‘sampah’ apabila mereka menghantar belon propaganda ke seberang sempadan, yang dibalas Pyongyang dengan belon berisi sampah.

Latar belakang keluarga dan pangkat Yo Jong mencetuskan spekulasi beliau mungkin menjadi pewaris abangnya.

Namun, memandangkan pewarisan kuasa di Korea Utara biasanya bersifat generasi, pakar berpendapat pewaris lebih berkemungkinan diserahkan kepada anak Jong Un.

Jong Un pula dikatakan mempunyai masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi dan diabetis, menyebabkan peranan Yo Jong, menjadi semakin penting ketika ini.

Pakar dan bekas diplomat Korea Utara yang berpaling tadah ke Selatan pada 2016, Thae Young-ho berpendapat, cengkaman keluarga Kim terhadap negara itu mungkin tidak bertahan untuk generasi seterusnya, memandangkan rakyat semakin muak dengan pemerintahan berasaskan dinasti.

“Namun, jika Kim Jong Un tiba-tiba meninggal dunia, sistem yang ada sekarang hanya membolehkan kepemimpinan sementara diserahkan kepada individu nombor dua, iaitu Kim Yo Jong,” katanya dalam wawancara bersama media Korea Selatan pada 2023.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×