Bayangkan sesuatu yang nampak biasa boleh jadi luar biasa. Ambuyat, makanan tradisional masyarakat Sabah yang lembut, likat dan beralun itu tiba-tiba melangkah keluar dari mangkuk dan masuk ke dunia fesyen. Inilah keberanian seorang pereka muda dan graduan program Sarjana Muda Reka Bentuk Fesyen (Kepujian) dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Nur Aishatul Aina Nor Azizol, yang menamakan koleksi tahun akhirnya Ambuyat in Motion. Ia bukan sekadar pakaian, tetapi eksperimen…










