TEMAN menyediakan perkhidmatan menemani warga emas menjalani rutin harian seperti ke hospital, pasar atau sekadar berbual santai. Pengasasnya, Nurul Ezzati Mohamed Nasir bermula dengan program inkubator Petronas pada 2020 yang bertujuan mengatasi pengangguran belia melalui perusahaan sosial dalam bidang bakeri bersama ibu tunggal. Namun, usaha ini terhenti akibat pandemik Covid-19. Ketika itu, beliau melihat warga emas terpinggir kerana tidak dapat dikunjungi, manakala ramai kehilangan pekerjaan dan mula bekerja sebagai penghantar…