Terung sumbat daging berempah Turkiye

Terung sumbat daging berempah Turkiye

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
MENU minggu ini mungkin asing untuk kita kerana ia merupakan sajian tradisi Turkiye iaitu karniyarik atau terung sumbat daging berempah.
Biasanya, ia dihidangkan bersama nasi pilav ketika makan tengah hari atau malam.
Walaupun nampak istimewa, cara penyediaannya sangat mudah tanpa memerlukan masa lama.
Rasa daging yang berempah digabungkan dengan kelembutan terung menjadikan hidangan ini sangat menyelerakan.
Bahan-bahan:
Untuk terung:
-6 biji terung
-60 gram garam
-500 mililiter minyak zaitun
Untuk inti daging:
-30 gram mentega
-2 biji bawang besar (dicincang halus)
-250 gram daging cincang
-2 biji tomato (dicincang halus) atau 1 sudu besar pes tomato
-1 sudu teh garam
-½ sudu teh lada hitam
-400 mililiter air mendidih
-1 genggam daun parsli (dicincang)
Untuk hiasan:
-1 biji tomato (dihiris)
-3 biji cili benggala hijau (dibelah memanjang)
Cara penyediaan:
-Kupas kulit terung dan belah memanjang bahagian tengah tanpa putus.
-Taburkan terung dengan garam selama sejam untuk menghilangkan rasa pahit, kemudian bilas dan toskan.
-Goreng terung dengan minyak zaitun sehingga keperangan dan angkat.
-Tumis bawang dengan mentega kemudian masukkan daging cincang.
-Tambah tomato, garam, lada hitam, air dan daun parsli, kacau hingga masak pekat.
-Susun terung dalam kuali/periuk lebar dan gunakan sudu untuk menekan bahagian belahan supaya terbuka.
-Masukkan inti daging ke dalam terung kemudian hiaskan dengan hirisan tomato dan cili.
-Tuangkan lebihan kuah daging ke atas terung.
-Tutup kuali/periuk dan reneh atas api kecil selama 30 minit.
-Untuk lebih enak, masukkan sajian ini ke dalam ketuhar bagi dibakar selama 15 hingga 20 minit pada suhu 200 darjah Celcius.
-Sedia dihidangkan bersama nasi panas.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN