Sekian lama, Machu Picchu menjadi antara destinasi impian saya. Kota purba ini bukan sahaja memukau pandangan, malah menyimpan 1,001 misteri tamadun silam masyarakat Inca. Terletak di banjaran Andes, Peru, kota ini pernah ‘hilang’ daripada pengetahuan dunia selepas ditinggalkan dan ‘ditelan’ kehijauan alam semula jadi. Ia hanya ditemui semula pada 1911 oleh ahli arkeologi dan pengembara Amerika Syarikat (AS), Hiram Bingham yang menjelajah ke kawasan pedalaman sebelum menemui runtuhan luar biasa ini di celahan hutan tebal. Kesempatan berkunjung ke Argentina baru-baru ini, saya manfaatkan sepenuhnya untuk merealisasikan impian lama menjejakkan kaki…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya