Sedekad mengemudi jenama Nang Ori hingga kini dikenali di peringkat antarabangsa, ia bukanlah perjalanan yang mudah. Awaeang Kwasin, 48, membuat perhitungan berani mencelah di dalam industri yang dahulunya dimonopoli oleh kaum lelaki. Namun, anak kelahiran Kuching, Sarawak ini membuktikan wanita juga mampu setanding dengan lelaki apabila muncul sebagai wanita Bidayuh dan Dayak pertama memiliki lesen untuk memborong serta mengeksport lada Sarawak. Di awal permulaannya, beliau yang berasal daripada keluarga yang…