PARTI Liberal Australia buat pertama kalinya memilih seorang wanita sebagai pemimpin baharu. Sussan Ley dipilih untuk mengambil alih jawatan daripada penyandang terdahulu, Peter Dutton, selepas beliau memimpin parti itu sehingga tewas dalam pilihan raya baru-baru ini. Sussan menewaskan pencabarnya, Angus Taylor dengan kelebihan empat undi. Dalam pilihan raya yang berlangsung 3 Mei lalu, gabungan Liberal-Nasional, yang kini merupakan parti pembangkang utama Australia mengalami kekalahan paling teruk dalam sejarahnya. Pelantikan Sussan…