Semalam, seramai 394,880 calon Sijil Pelajaran Malaysia SPM (2024) telah mendapatkan keputusan peperiksaan sekali gus menamatkan penantian penuh debaran. Pasti ramai yang berperang dengan diri sendiri untuk membuat keputusan hendak melanjutkan pelajaran di mana dan dalam bidang apa selepas ini. Sebagai ibu bapa, inilah masanya untuk membimbing anak-anak membuat pilihan yang terbaik. Berbincang dan kenal pasti minat anak supaya mereka tidak mensia-siakan peluang menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Tidak…










