Selendang warisan nusantara

Selendang warisan nusantara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Selendang bukan aksesori baharu dalam penggayaan wanita Malaysia.

Sejak zaman dahulu, wanita Nusantara telah menggayakan selendang di atas bahu, bukan hanya untuk menutup kepala, tetapi sebagai simbol keanggunan, kemuliaan dan kehalusan peribadi.

Dari istana ke desa, dari potret lama hingga ke panggung bangsawan, selendang sentiasa menjadi pelengkap yang membawa makna.

Untuk Syawal kali ini, mari kita teruskan legasi itu dengan suntikan moden dan kemewahan yang sofistikated.

Koleksi selendang bejewelled dari Qusantara bukan calang-calang aksesori. Anggun, mewah dan menyerlah.

Ia menerapkan elemen tradisional dan kontemporari, mencipta selendang yang bukan sahaja cantik, tetapi on-point.

Koleksi ini menampilkan dua rekaan selendang iaitu sakura dan dahlia bejewelled.

Untuk rekaan sakura, pilihan warna termasuk burgundy, hitam dan lilac lembut, warna-warna yang memberi kesan dramatik dan memukau.

Manakala untuk dahlia, dirimu boleh memilih antara ash grey, nude, merah jambu lembut, coklat serta kombinasi biru dan merah jambu.

Kesemua selendang ini diperbuat daripada material tulle bersulam halus dan dihiasi dengan batu rhinestone berkilau.

Setiap helaian berukuran kira-kira 210 sentimeter panjang dan 64 sentimeter lebar, cukup ideal untuk pelbagai gaya lilitan kreatif.

Gaya selendang ini sangat versatil dan boleh disesuaikan dengan pelbagai jenis pakaian. Untuk penampilan klasik yang elegan, lipat selendang secara memanjang dan letakkan di atas bahu kanan sambil membiarkan bahagian kiri terjuntai.

Ini sangat sesuai dipadankan dengan baju kurung moden atau kebaya labuh untuk menghasilkan aura tradisional yang segar.

Bagi yang ingin tampil berani dan sedikit berbeza, gunakan sakura bejewelled sebagai turban.

Padankan gaya ini dengan anting-anting besar dan jumpsuit untuk aura moden yang tetap sopan.

Untuk yang berhijab, selendang ini boleh digunakan sebagai lapisan luar di atas tudung polos.

Biarkan batu dan sulaman menjadi fokus utama penampilanmu.

Cukup dengan sedikit solekan lembut agar tampak serasi dan tidak berlebihan.

Untuk gaya yang sopan tetapi penuh gaya, cuba teknik pin di bahu.

Pin selendang di bahu kiri dan biarkan ia jatuh labuh ke belakang, mencipta efek cape yang mengalir dan memberikan siluet anggun serta elegan.

Aidilfitri ini, jangan takut untuk bersinar. Selendang bukan sekadar kain. Ia adalah manifestasi gaya, jiwa dan warisan wanita Malaysia.

Koleksi dari Qusantara bukan sahaja mempesona dari segi rekaan, tetapi juga membawa semangat tradisi yang dimodenkan dengan penuh rasa bangga.

Pilihlah satu atau dua, yang mencerminkan personaliti dirimu.

Kerana setiap wanita layak untuk berkilau dengan warisan di bahu dan keyakinan di hati.

Selamat bergaya dan Selamat Hari Raya Aidilfitri.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×