Rumah tangga dingin, suami terlalu sibuk

Rumah tangga dingin, suami terlalu sibuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SOALAN

Saya dah kahwin tiga tahun, tetapi sejak dua tahun kebelakangan ini, suami selalu sibuk dengan kerja. Saya pun bekerja tetapi saya usaha juga luangkan masa untuk dia, tetapi saya diabaikan. Saya mula fikir hendak berpisah, tapi saya tak pasti sama ada keputusan ini betul atau tidak. Apa yang patut saya lakukan?

Isteri buntu

JAWAPAN

Dalam institusi perkahwinan, komunikasi adalah asas utama untuk memelihara keharmonian rumah tangga. Namun, dek kerana kesibukan bekerja, kecanggihan teknologi tanpa batasan menyebabkan ramai pasangan berjauh hati. Dilema sama ada ingin bertahan atau berpisah memerlukan pertimbangan matang sebelum membuat sesuatu keputusan. Oleh itu, disediakan beberapa tip sebagai rujukan puan:

Berkomunikasi – Cari masa bersesuaian dan ajak suami berbincang. Luahkan perasaan anda kepada suami secara jujur, tenang dan elak menyalahkan. Fokus kepada apa yang anda rasai dan inginkan untuk keluarga anda.

Tetapkan keperluan – Jelaskan kepada suami apa yang anda perlukan dalam perkahwinan seperti masa yang berkualiti, perhatian atau usaha dalam hubungan. Jika suami tidak menyedari kesan tindakannya, mungkin dia akan mula peka selepas perbincangan dilakukan.

Beri masa dan perhatikan perubahan – Setelah berbincang, berikan sedikit masa untuk melihat sama ada suami mengambil inisiatif untuk melakukan perubahan atau tidak. Jika dia menunjukkan usaha, mungkin masih ada peluang untuk kalian terus memperbaiki hubungan.

Fokus pada diri sendiri – Jika suami masih tidak berubah, fokus dahulu pada diri sendiri tanpa perlu tergesa-gesa membuat keputusan berpisah. Sibukkan diri dengan hobi, kerjaya atau perkara mengembirakan anda. Ia dapat membantu mengurangkan tekanan perasaan sekaligus dapat meningkatkan keyakinan diri.

Rujuk kaunselor – Jika perbincangan tidak berhasil, pertimbangkan untuk dapatkan bantuan kaunselor perkahwinan. Kadang-kadang, pihak ketiga yang profesional dapat membantu mengenal pasti punca masalah dan mencadangkan penyelesaian yang sesuai.

Sokongan dan doa – Berdoa agar Allah melembutkan hati suami dan memberi kebijaksanaan kepada puan untuk membaiki rumah tangga. Kadang-kadang, pendekatan yang terbaik adalah dengan terus menunjukkan kasih sayang dan kesabaran, sambil memberi ruang kepada suami untuk merenung.

Penilaian akhir – Jika semua usaha telah dilakukan tidak memberi perubahan kepada suami, mungkin tiba masanya untuk anda mempertimbangkan keputusan yang terbaik untuk kebahagiaan dan kesejahteraan diri.

Kesimpulannya, keputusan sama ada bertahan atau berpisah harus dibuat dengan pertimbangan yang matang, mengambil kira kesejahteraan emosi, mental dan masa hadapan diri sendiri. Elakkan daripada keputusan yang melulu yang boleh merosakkan diri sendiri.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×