Mencipta gaya clean look pada kediaman menjadi idaman semua penggemar dekorasi kediaman. Minggu ini, Seri kongsikan gaya clean look yang melatari kediaman milik guru, Ainaa Yasmin Alias. Ainaa Yasmin yang mengetengahkan hiasan dalaman moden kontemporari dengan sedikit percikan gaya rumah ladang Inggeris bijak bermain dengan empat rona asas untuk membangkitkan suasana kemas dan bersih, atau dikenali sebagai clean look. Kata wanita berusia 38 tahun ini, putih, kelabu, beige dan hitam…