Kombinasi klasik mewah, moden sederhana

Kombinasi klasik mewah, moden sederhana

Keseluruhan kediaman dilatari rona lembut memberikan pencahayaan yang lebih baik.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Penggemar dekorasi sederhana namun masih mahukan suasana estetik pasti suka dengan hiasan dalaman yang Seri kongsikan minggu ini.

Dekorasinya minimal dengan elemen moden yang sederhana, namun kehadiran beberapa sisi klasik mewah terasa membangkitkan suasana.

Kediaman milik pasangan Usahawan dan Pakar Psikiatri, Aszalina Alwy dan Dr. Ahmad Izzat Ahmad Tajjudin ini mengetengahkan kemewahan klasik dengan percikan sentuhan moden pada beberapa ruang kediaman teres hibrid mereka ini.

Kata Aszalina, konsep moden klasik menjadi pilihan kerana ia menggabungkan kedua-dua elemen yang sememangnya menjadi kegemaran penggemar dekorasi sepanjang zaman.

“Hiasan dalaman ini membangkitkan ruang yang elegan tetapi tetap praktikal.

“Konsep moden klasik tidak terlalu sukar untuk dikekalkan tetapi memerlukan sedikit perhatian untuk memastikan ruang sentiasa kelihatan kemas dan elegan,” katanya.

Kerusi ala rotan dan kemasan kayu membangkitkan gaya klasik.

Elemen rotan pada bangku di dapur dan beberapa aksesori kayu mencipta suasana klasik, manakala perincian seni bina seperti dinding berpanel memberikan sentuhan yang lebih moden.

Tidak ketinggalan, penggunaan tekstil dan perabot mewah juga membantu menaikkan seri kediaman yang elegan ini.

Ruangan juga tampil lebih mewah dengan penggunaan rona-rona lembut seperti putih dan

Menyentuh mengenai padanan warna, kata wanita berusia 40 tahun ini, dia banyak bermain dengan warna neutral dan lembut seperti putih, krim, beige, krim, taupe dan kelabu lembut.

“Warna-warna asas ini digunakan sebagai warna dominan pada dinding, siling dan perabot utama,” katanya yang menghias kediaman mengikut cita rasa sendiri dan juga hasil rujukan platform dekorasi lain.

Aszalina Alwy dan suami.

Gabungan rona asas yang cerah ini ditambah pula dengan aksesori yang minimal menjadikan rumah kelihatan begitu lapang dan luas.

Aksesori yang minimal juga berjaya menghasilkan rumah yang nampak kemas dan bersih.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×