Jenahak Masak Lemak Daun Kesum beraroma

Jenahak Masak Lemak Daun Kesum beraroma

Sesuai dijadikan juadah makan tengah hari.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MASAK Lemak Cili Api Ikan Jenahak yang diletakkan daun kesum membangkitkan aroma lain daripada yang lain.

Rasanya pun sedap dan kuah lemak menjadi lebih wangi. Resipi kali ini dikongsikan oleh Siti Zakiah Dul Kadir.

Kata Siti Zakiah, biasanya masak lemak daun kesum menggunakan ikan sungai tetapi ikan bersisik seperti jenahak dan siakap juga sesuai.

Malah, lauk ini selalunya hanya ada di kampung-kampung yang terletak di pedalaman. Jom cuba.

BAHAN:
1 ekor ikan jenahak
Minyak secukupnya untuk
menggoreng dan tumis
Segenggam cili api
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 batang serai diketuk
Asam keping
Garam dan perasa
1 kotak santan (saiz kecil)
Secekak daun kesum
Air secukupnya

CARA MEMASAK:
Ikan jenahak dilumur garam, kunyit dan goreng garing.

Kemudian, ketepikan.

Kisar cili api, bawang merah dan bawang putih.

Seterusnya, tumis bahan kisar bersama serai ketuk sampai masak dan masukkan ikan yang telah digoreng bersama air untuk kuah.

Masukkan santan, asam keping dan perasakan dengan garam dan serbuk perasa.

Akhir sekali, masukkan daun kesum dan kacau sebati sehingga menggelegak. Sedia dihidangkan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×