Anggun dalam setiap saiz

Anggun dalam setiap saiz

Rona lembut memberi tampilan eksklusif
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Dunia fesyen raya tahun ini digegarkan dengan pelancaran kolaborasi eksklusif antara pereka tersohor, Nurita Harith dan jenama saiz besar yang sentiasa mendukung wanita, Mis Claire.

Inilah detik yang dinantikan. Koleksi Nurita Harith x Mis Claire meraikan kecantikan dalam setiap saiz, memberikan keanggunan tanpa batasan dan membangkitkan keyakinan setiap wanita Malaysia.

Tiada lagi dilema mencari busana raya yang sempurna. Tiada lagi rasa terpinggir daripada arus fesyen kerana koleksi ini boleh didapati dalam saiz M hingga 7XL. Koleksi kali ini direka dengan penuh ketelitian untuk memastikan setiap perincian memenuhi cita rasa wanita moden yang mahukan keanggunan klasik dengan sentuhan kontemporari.

Lihatlah keindahan Fazira NH x MC Floral Embroidery Dress, busana yang memancarkan aura romantik dan elegan dalam satu sentuhan.

Diperbuat daripada sifon blend berkualiti tinggi dengan sulaman floral yang begitu halus, rekaan ini memberikan keselesaan dan gaya yang tiada tandingan.

Potongan overlay V-neck dengan zip belakang mencipta ilusi tubuh lebih langsing, sementara lengan panjangnya menambah kesopanan yang tetap moden.

Untuk gaya formal, padankan dengan selendang satin warna nude atau champagne, ditambah aksesori emas untuk menyerlah keanggunan. Jika inginkan gaya lebih santai tetapi tetap classy, cukup dipadankan dengan sandal tumit rendah dan tas tangan kecil untuk tampilan effortless chic.

Namun, jika dirimu ingin tampil berani dan eksklusif, pilihlah rantai perak yang dramatik atau anting-anting statement.

Jika dirimu penggemar baju kurung klasik tetapi mahukan sentuhan moden yang lebih segar, Emara NH x MC Lace Trimming Pario Kurung Set adalah jawapannya. Dengan rona sage green yang lembut dan menenangkan, set ini mencipta gabungan sempurna antara tradisi dan inovasi.

Material crepe blend tekstur ringan memberikan alunan yang cantik pada tubuh, sementara renda halus di hujung baju menambah sentuhan eksklusif.

Kain pario dalam set ini bukan sekadar cantik, tetapi juga sangat praktikal dengan rekaan segera, membolehkan dirimu bergaya tanpa perlu bersusah payah melilit kain. Dengan potongan duyung yang elegan, ia membentuk siluet yang lebih panjang dan langsing, memberikan kesan dramatik tetapi tetap selesa.

Jika mahukan gaya moden yang versatil, padankan dengan kasut tumit tinggi dan anting-anting menyerlah, menjadikan penampilan lebih edgy dan kontemporari. Baju dan kain ini boleh disuai padan! Dirimu boleh memakai bajunya dengan seluar palazzo untuk gaya lebih kasual atau memadankan kain pario dengan blaus putih polos untuk penampilan moden klasik yang chic.

Dunia fesyen sering kali memberi gambaran bahawa kecantikan itu datang dalam satu bentuk sahaja, tetapi di sini, saya percaya bahawa kecantikan itu milik semua. Setiap lekuk tubuh, setiap perincian diri, semuanya adalah anugerah yang patut dirai.

Koleksi ini menjadi penanda tiada lagi wanita yang merasa terpinggir dari arus fesyen.

Tiada lagi bisikan dalam hati yang mengatakan “Ini bukan untuk aku”. Ini adalah untuk dirimu semua.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×