Tahun Baru Cina di Malaysia bukan sekadar satu perayaan, tetapi peluang untuk menonjolkan gaya dan keanggunan bersama keluarga.
Koleksi CNY 2025 daripada jenama POKOKS hadir melengkapkan sambutan ini dengan rekaan moden, segar dan sesuai untuk setiap ahli keluarga.
Dirimu tidak perlu lagi pening kepala mencari pakaian sedondon untuk seisi keluarga dan tidak nampak seperti kumpulan boria.
Apa yang menjadikan koleksi ini istimewa adalah keupayaannya untuk memenuhi cita rasa pelbagai gaya, daripada rekaan polos hingga motif yang memukau.
Jenama ini benar-benar memahami keperluan keluarga moden yang mahu kelihatan hebat tanpa mengorbankan keselesaan.
Antara kegemaran saya dalam koleksi ini ialah NIAN NIAN Layered Sleeve Cheongsam Dress, rekaan khas untuk wanita yang mahu menyerlahkan keanggunan tradisional dengan sentuhan moden.
Cheongsam ini dilengkapi dengan kolar mandarin yang dihiasi piping kontras dan butang berbiji manik, menambahkan elemen klasik mempesona.
Lengan berlapis flare memberikan sentuhan feminin, sementara zip belakang tersembunyi dan poket sisi pada kedua-dua bahagian memastikan keselesaan dan praktikal.
Ditambah lagi dengan potongan semi-fit dan slit tersembunyi di belakang, rekaan ini sesuai untuk dipakai sepanjang hari. Lebih menarik, motif-motif seperti Dawn, Twilight, Harmony, Loyal, Shine dan Harvest menjadikan cheongsam ini pilihan tepat untuk pelbagai acara.
Bagi anak lelaki, pilihan terbaik pastinya THE SPRING DAWN Mandarin Shirt. Kemeja ini mempunyai kolar mandarin dengan butang tersembunyi yang memberikan rupa kemas namun kasual.
Rekaan poket di dada menambahkan elemen praktikal, manakala potongan selesa dengan belahan sisi memastikan pergerakan bebas. Bahagian depan yang lebih pendek daripada belakang memberikan sentuhan moden, menjadikannya sesuai untuk majlis formal mahupun santai.
Semua rekaan dalam koleksi ini diperbuat daripada campuran Kapas Linen, material yang lembut, tahan lama serta sesuai untuk cuaca panas dan lembap di Malaysia. Kain kapas adalah kain yang lembut manakala linen pula ringan menyerap haba dan mempunyai sifat antibakteria semula jadi.
Campuran ini membolehkan kulitmu bernafas, menjadikan setiap pakaian selesa dipakai sepanjang hari. Tambahan pula, warna-warna cerah dan rekaan yang unik dalam koleksi ini memastikan setiap ahli keluarga tampil bergaya dan menyerlah.
Untuk dirimu, NIAN NIAN Layered Sleeve Cheongsam Dress boleh digayakan bersama sandal bertali atau kasut tumit rendah untuk keselesaan. Tambahkan aksesori seperti anting-anting mutiara atau gelang emas untuk menyerlahkan keanggunan.
Bagi suami, pilih baju mandarin dengan warna cerah dan padankan dengan seluar linen atau chinos. Ini memberikan gaya yang kemas tetapi santai, sesuai untuk menghadiri rumah terbuka atau makan malam bersama keluarga.
Bagi si gadis cilik, pasti akan kelihatan comel dengan cheongsam mini bermotif seperti Twilight atau Shine. Padankan dengan kasut ballet flats dan aksesori rambut seperti reben atau klip berwarna emas untuk melengkapkan gaya mereka. Teruna pula boleh gayakan The Spring Dawn Mandarin Shirt dipadankan dengan seluar pendek atau panjang, bergantung pada acara.
Koleksi kali ini bukan sahaja menekankan rekaan asli dan berkualiti tinggi, tetapi memberi perhatian kepada keselesaan dan gaya yang sesuai untuk seluruh keluarga.
Sambutan Tahun Baru Cina kali ini pasti lebih meriah dan penuh gaya dengan rekaan serba lengkap daripada jenama ini.-UTUSAN











