Ketika bersua di studio penggambaran baru-baru ini, Nur Aishah Md. Nur Alam nampak sedikit berisi kerana sarat mengandungkan anak keduanya. Begitupun, masih jauh beza jika dibandingkan dengan penampilannya dahulu ketika mempunyai berat badan 200 kilogram. Wanita tinggi lampai ini tampil cantik dalam persalinan rona merah jambu beserta solekan tipis. Seri ibu mengandung jelas terpancar di wajahnya yang bujur sirih. Beliau juga tidak henti-henti melemparkan senyuman manis sepanjang berbual. Siapa sangka,…