KEMI Badenoch dilantik menjadi pemimpin baharu Konservatif dan wanita kulit hitam pertama mengetuai sebuah parti politik utama Britain. Beliau memenangi pemilihan Konservatif pada 2 November lalu, dengan janji untuk mengembalikan parti itu kepada prinsip penubuhannya. Badenoch, 44, menggantikan bekas Perdana Menteri United Kingdom (UK), Rishi Sunak dan berikrar untuk memimpin parti melalui tempoh pembaharuan selepas kekalahan teruk dalam pilihan raya Julai lalu. Sebagai tokoh kanan dalam Parti Konservatif, beliau dijangka…