SEPANJANG membesar di Kuala Lumpur, saya tidak pernah berdepan dengan situasi banjir. Ketika sebahagian Kampung Datuk Keramat terutama penempatan di sepanjang Sungai Klang sering dinaiki air tetapi saya bersyukur kerana rumah yang dihuni terkecuali daripada musibah itu. Namun, pada 2014, ditakdirkan saya bertukar dari ibu pejabat Utusan Malaysia ke Biro Terengganu. Buat pertama kalinya dalam hidup, saya dapat melihat dan mengharung air bah bagi liputan banjir musim tengkujuh. Menaiki bot…










