Ayam masak Thai enak - Utusan Malaysia

Ayam masak Thai enak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
APA jua hidangan bercitarasa Thai pasti menyelerakan tekak. Jika masih tiada idea mahu masak apa pada hujung minggu ini, jom cuba resipi ayam masak Thai.
Bahan-bahannya mudah sahaja dan paling penting, ia dapat disediakan dalam masa singkat.
Bahan-bahan:
-Ayam
-6 tangkai cili padi
-3 tangkai cili besar
-3 ulas bawang putih
-½ biji bawang besar
-Daun ketumbar
-2 batang serai
-Daun limau purut
-Sedikit air
-Sos tiram
-Sos thai
-Sos ikan
-Kiub ayam
-Gula dan garam secukupnya
-Air atau perahan limau nipis
-Tomato
Cara penyediaan:
-Gaulkan ayam bersama garam dan serbuk kunyit. Goreng seperti biasa sehingga masak dan toskan.
-Kisar kasar cili padi, cili besar, bawang putih, bawang besar dan daun ketumbar.
-Tumis bahan kisar menggunakan minyak yang sama. Masukkan serai, daun limau purut dan air. Tumis sehingga naik bau.
-Kemudian, masukkan sos tiram, sos cili thai atau sos cili. Kacau hingga sebati.
-Perasakan dengan sos ikan, kiub ayam, gula dan garam secukupnya. Letakkan juga sedikit air atau perahan limau nipis. Masak sehingga pecah minyak atau kuah sedikit kering.
-Akhir sekali, masukkan buah tomato dan kacau hingga sebati.
-Sedia untuk dihidang.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×