Nasi goreng nanas memang enak dinikmati panas-panas. Rasanya yang pedas dan sedikit masam manis daripada rasa nanas memang menambat selera. Kali ini Seri kongsikan resipi nasi goreng nanas dengan versi ringkas. Jom cuba.
Bahan-bahan
Bahan tumbuk:
-3 ulas bawang merah
-3 ulas bawang putih
-3 biji cili padi
Bahan lain:
-Sebiji nanas (dibelah dua dan dibuang isi di bahagian tengah)
-1 mangkuk nasi sejuk
-1 mangkuk isi ayam (boleh juga guna udang)
-Sedikit sayur sawi
-2 sudu sos tiram
-2 sudu kicap manis
-2 biji telur
-Garam dan perasa secukupnya
-Sedikit daun bawang (untuk hiasan)
Cara memasak
-Keluarkan isi nanas dan potong kiub.
-Gorengkan isi ayam dan ketepikan.
-Tumis bahan tumbuk sehingga wangi.
-Masukkan telur dan hancurkan.
-Kemudian, masukkan nasi sejuk dan sebatikan.
-Masukkan pula sos tiram dan kicap manis.
-Masukkan juga sayur dan sebatikan.
-Perasakan dengan garam dan perasa.
-Masukkan nanas yang telah dipotong kiub.
-Masukkan nasi yang telah siap digoreng ke dalam nanas yang telah dibelah dua.
-Taburkan dengan daun bawang sebagai hiasan.










