Tarikh 16 September bukan sahaja mengingatkan kita pada penyatuan Sabah, Sarawak dan Semenanjung pada 1963, tetapi simbol kesatuan, keharmonian dan perpaduan rakyat Malaysia.
Apa kata, sempena sambutan Hari Malaysia tahun ini, kita tampil dengan penuh gaya dalam kebaya?
Kebaya bukan sekadar busana tradisional, ia melambangkan keanggunan wanita Melayu dan warisan budaya yang kaya.
Busana itu membawa sejarah tersendiri yang mencerminkan identiti dan budaya masyarakat.
Bagi yang mahukan gaya moden dan ceria, Bayu Somerset hadir dengan koleksi terbaharu mereka, Candice.

Koleksi ini menampilkan warna dan corak yang quirky atau aneh dengan saiz dari XXS hingga 5XL. Dengan penutup zip di bahagian depan, ia juga mesra untuk ibu yang menyusukan anak.
Potongan leher V dan regular fit menjadikan Candice pilihan tepat untuk si gadis ceria dan penuh keyakinan.
Kebaya ini juga memberikan keselesaan untuk semua jenis bentuk badan. Bagi yang bertubuh petite, pilihlah kebaya berpotongan longgar untuk memberi ilusi badan yang tinggi.
Elakkan potongan yang terlalu ketat, kerana ia mungkin mengecilkan lagi penampilanmu.
Gabungkan dengan kain sarung yang tidak terlalu labuh dan padankan dengan kasut tumit tinggi. Buat yang berbadan curvy, pilih kebaya berpotongan regular fit seperti Arun.
Fabrik yang lembut dan beralun boleh membantu mencipta garis tubuh anggun.

Zip depan pada kebaya memberikan kemudahan dan keselesaan, sambil menonjolkan lekuk tubuh.
Pilih corak kecil untuk keseimbangan visual dan elakkan kain yang terlalu berat atau tebal. Bagi wanita bertubuh lurus, pilihlah kebaya dengan perincian di bahagian dada dan pinggul, sekali gus dapat menonjolkan lagi bentuk badanmu.
Pilihan yang tepat ialah Nadi. Kebaya mempunyai keistimewaan kerana ia boleh disesuaikan untuk pelbagai bentuk badan.
Kunci untuk gaya kebaya yang memukau adalah keyakinan diri. Jangan takut bermain dengan aksesori seperti kerongsang dan rantai yang boleh menyerlahkan penampilanmu.
Sempena Hari Malaysia nanti, bergaya dengan penuh keyakinan, kenakan kebayamu dan banggakan Malaysia. Selamat Hari Malaysia!










