TIADA yang lebih berharga dalam kehidupan seorang insan bergelar ibu melainkan anak-anaknya. Kasih sayang yang dicurahkan kepada malaikat kecil itu tiada tandingannya. Dialah ibu, dialah bapa. Itulah ungkapan yang paling sesuai untuk menggambarkan betapa besarnya pengorbanan wanita ini dalam melaksanakan tanggungjawabnya memikul kedua-dua peranan tersebut. Mas Hazirah Saifuddin, 34, membesarkan tiga cahaya mata seorang diri dengan berbekalkan kecekalan dan ketabahan hati. Keteguhannya dalam mengharungi cabaran hidup membuktikan bahawa beliau adalah…