Semangat kesukanan pada baju

Semangat kesukanan pada baju

FESYEN bukan sekadar penampilan, tetapi penceritaan dan identiti.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MALAYSIA Boleh! Begitulah semangat yang sentiasa menjadi teras kejayaan atlet-atlet kita di arena sukan antarabangsa.

Tahun ini mencatatkan sejarah apabila Pestle & Mortar, jenama streetwear tempatan yang sinonim dengan penceritaan melalui rekaan, bekerjasama dengan Majlis Olimpik Malaysia menghasilkan koleksi istimewa sempena Olimpik Paris 2024 dengan mesej Lebih Pantas, Lebih Tinggi, Lebih Kuat Bersama.

Pestle & Mortar telah lama dikenali sebagai jenama menggunakan pakaian sebagai kanvas untuk menyampaikan cerita.

Rekaannya mengimbau kenangan zaman kanak-kanak di Asia Tenggara, menghidupkan kembali nostalgia dan memupuk perbualan melalui setiap helaian kain.

Koleksi eksklusif ini menampilkan grafik dinamik yang diilhamkan oleh Sukan Olimpik, memperlihatkan semangat juang atlet Malaysia dan semangat kebanggaan tempatan yang tidak pernah padam.

Apabila bercakap tentang streetwear, setiap individu perlu merasa selesa dan bergaya, tanpa mengira bentuk badan. Jenama ini menawarkan pelbagai pilihan yang sesuai untuk wanita dengan bentuk badan berbeza sama ada dirimu adalah petite, slim atau curvy.

Berikut adalah beberapa tips menggayakan koleksi ini dengan penuh keyakinan

TUBUH PETITE

Topi aksesori sempurna untuk melengkapkan gaya. Pilihlah dengan rekaan minimalis untuk menambah sentuhan kasual yang sesuai dengan saiz tubuh. Hoodie yang fit tetapi tidak terlalu besar akan membuatkan dirimu kelihatan lebih kemas dan teratur.

Padankan hoodie dengan jeans skinny atau skirt untuk memberi ilusi kaki yang lebih panjang dan bentuk badan yang lebih proportion.

T-shirt cropped atau berpotongan boxy boleh memberikan ilusi bentuk badan yang lebih berisi dan padanan dengan highwaisted pants akan mencipta keseimbangan yang sempurna untuk penampilanmu.

TUBUH LANGSING

Topi berwarna terang adalah pilihan tepat untuk memberikan tumpuan kepada wajah.

Untuk gaya yang lebih santai dan trendy, pilihlah oversized hoodie. Padankan hoodie dengan skinny jeans untuk menyeimbangkan penampilan dan menonjolkan keseksian tubuhmu. T-shirt longgar atau oversized juga akan memberikan gaya streetwear yang onpoint.

Untuk gaya yang lebih rugged dan berani, padankannya dengan seluar kargo atau joggers.

TUBUH CURVY

Pilihlah topi dengan brim lebar untuk keseimbangan yang sempurna dengan bentuk wajahmu. Hoodie yang fit dengan potongan di pinggang akan menonjolkan lekuk tubuhmu dengan elegan.

Elakkan hoodie yang terlalu besar kerana ia membuatkan dirimu kelihatan lebih besar daripada saiz sebenar. T-shirt dengan potongan v-neck atau rekaan wrap-around sesuai untuk menonjolkan lekuk badanmu dengan lebih menawan.

Padankan t-shirt dengan seluar high-waisted atau skirt A-line untuk penampilan yang lebih menarik dan bergaya.

Dengan setiap helaian kain yang disarungkan, dirimu bukan sahaja tampil bergaya tetapi juga membawa bersama semangat juang dan kebanggaan sebagai rakyat Malaysia.

Inilah kuasa fesyen. Bukan sekadar penampilan, tetapi juga penceritaan dan identiti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN