PENATAAN gaya Japan Scandinavian (Japandi) dan klasik begitu sempurna pada kediaman yang satu ini melalui permainan warna dan pemilihan perabot serta aksesori. Namun, siapa sangka ia adalah rumah flat kos rendah yang hanya berkeluasan 650 kaki persegi. Penataan sempurna ini membuatkan kediaman milik Norasyikin Norizan ini nampak seakan kediaman di dalam laman dekorasi dalam talian, Pinterest. Beliau bijak menggabungkan kedua-dua elemen iaitu dan klasik dalam satu ruangan yang nampak menyatu.…