Rumah kampung konsep retro, rustik

Rumah kampung konsep retro, rustik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KONSEP rumah ladang, konsep rustik dan retro seakan sama namun memiliki sedikit perbezaan pada elemen tertentu.

Misalnya, konsep rumah ladang yang lebih kepada gaya kedesaan Inggeris yang mengetengahkan unsur kayu, manakala rustik pula adalah tampilan lusuh dan lebih semula jadi seperti besi tidak ditempa dan sebagainya.

Manakala retro pula mengetengahkan rekaan klasik dan tradisional.

Namun, persamaan ketigatiga ini adalah lazimnya ia mengetengahkan rona cerah seperti krim atau beige untuk efek nyaman.

Pemilik kediaman, Nur Sarah Daviana Abdullah mengambil pendekatan kreatif dengan menggabungkan ketiga-tiga elemen ini untuk rumah kampungnya.

Rumah kampung berkeluasan 1,000 kaki persegi itu, ditatarias dengan rona lembut iaituputih dan kelabu lembut pada keseluruhan dinding.

“Saya memilih tema rumah ladang pada awalnya. Bagaimanapun, semasa dalam proses dekorasi, saya tambah sedikit elemen-elemen moden, retro, rustik dan vintaj di bahagian-bahagian yang saya rasakan sesuai. Jadi secara amnya, tema yang ada sekarang ni lebih kepada suai padan.

“Pada pendapat saya, tema ini adalah tema yang saya tidak akan rasa bosan. Saya suka suai padan dekorasi selain mudah juga untuk dapatkan barang-barang dekorasi sebab tidak terikat dengan satu tema semata-mata,” katanya kepada Seri.

NUR SARAH DAVIANA ABDULLAH

RONA LEMBUT

Elemen penting yang melengkapkan hiasan dalaman dipilih adalah rona pada keseluruhan dinding kediaman.

Rona putih dan kelabu lembut dipilih membolehkan beliau bebas berkarya dengan pelbagai jenis elemen yang dipilih sama ada rustik mahupun retro.

“Elemen-elemen penting untuk tema dekorasi suai padan yang saya pilih ini ialah pemilihan warna lembut .

“Ia bertujuan memudahkan suai padan dengan aksesori dan juga perabot, tidak kira sama ada ia item vintaj, retro ataupun rustik.

“Selain daripada itu, saya juga tidak banyak memilih item-item yang bercorak sarat dan terlalu berwarna-warni supaya ruangan tidak kelihatan serabut,”katanya.

RONA putih melengkapkan gaya di bahagian ruang makan

Bagi membangkitkan sedikit suasana pada ruang, beliau turut menyelitkan sedikit warna hitam dan natural seperti rona kayu dan hijau.

“Adakalanya saya memadankan dengan sedikit warna-warna terang daripada bunga-bungaan seperti warna oren dan pink untuk menaikkan seri ruangan.

“Senang sebenarnya untuk kekalkan konsep yang dipilih ini. Kita hanya perlukan sedikit kreativiti untuk padankan hiasan dengan mana-mana barang yang sudah sedia ada.

“Jika ingin mengubah mood barang-barang hiasan hanya perlu alihkan dari satu ruangan ke satu ruangan lain sahaja bagi mendapatkan suasana baharu,” katanya yang banyak mendapat idea menghias kediaman melalui laman dekorasi dalam talian.

Dekorasi ringkas di bahagian dapur
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×