CUACA yang panas semestinya memerlukan pencuci mulut yang mampu memberikan kesegaran.
Koktel jeli dengan nata de coco yang manis dan lemak berkrim mampu memenuhi keperluan itu.
Resipinya cukup ringkas dengan bahannya yang mudah untuk didapati menguatkan lagi alasan untuk dicuba terutama semasa cuaca yang panas.
Resipi mudah ini dikongsi oleh Wan Hezmeera Afifah Wan Hezril untuk dicuba semua.
BAHAN-BAHAN:
10 biji jeli
Nata de coco
1 tin susu cair
Ais batu
CARA PENYEDIAAN:
Buka 10 biji jeli dan masukkan ke dalam gelas.
Selepas itu, campurkan dengan nata de coco yang telah ditapis mengikut citarasa.
Tambahkan ais batu. Tuangkan susu cair tin sehingga kesemua bahan tenggelam.
Akhir sekali, kacaukan bahan tersebut sehingga sejuknya sebati dan sedia untuk dihidang.
TAMBAHAN:
Kuantiti bahan adalah bergantung kepasa citarasa masing-masing.
Boleh juga ditambahkan dengan buah-buahan tin seperti longan, laici dan pic yang dipotong untuk lebih kepelbagaian nikmat.










