SOALAN Suasana hari raya sekarang dah tak sama macam perayaan dulu-dulu. Anak cucu balik kampung, tapi semua menghadap telefon masing-masing. Saya rindukan suasana kemeriahan dan teringin sangat nak merasainya bersama-sama anak-anak cucu. -Nenek sedih. JAWAPAN Sambutan Hari Raya Aidilfitri pasti dinantikan ahli keluarga di kampung. Melihat anak menantu dan cucu-cucu di perantauan pulang untuk meraikan perayaan bersama-sama. Terbayang gelak tawa ketika memasak di dapur diikuti jeritan cucu-cucu bermain di halaman…
								
								
								
											








