SETIAP orang mempunyai kisah dan pengalaman Syawal yang tersendiri. Syawal dikaitkan dengan kegembiraan sebagai tanda meraikan kemenangan sekaligus mengukuhkan lagi makna sebenar perayaan itu sendiri tentang kasih-sayang dan kemaafan. Minggu ini saya kongsikan kisah, Bella (bukan nama sebenar) yang cukup meruntun hati. Kehilangan insan dicintai di pagi Syawal lalu cukup membuatkan dunianya terasa runtuh penuh keputus-asaan. Saat dikhabarkan ibunya sudah pergi selama-lamanya, ada lubang yang mengganga dalam hati. Memulakan perbualan…