Kehilangan ayah ketika berusia sembilan tahun dan dibesarkan oleh ibu yang tidak bekerja, membuatkan Nuraizah Shamsul Baharin amat memahami betapa ‘kerasnya’ hidup ini. Namun kesukaran itu tidak menghalang Pengarah Urusan Madcash dan Madcat World ini untuk terus melangkah mengapai kejayaan dalam pelajaran sekali gus membantu golongan memerlukan apabila kembali ke tanah air. Sebagai anak yatim yang bergantung kepada wang pencen arwah ayah, Nuraizah ingin membalas jasa dan berbakti kepada masyarakat…