French Croissant Toast sihat, mudah - Utusan Malaysia

French Croissant Toast sihat, mudah

French Croissant Toast.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HIDANGAN French Toast yang dihi­dang­kan semasa sarapan amat sinonim dengan penggunaan roti.

Ada juga yang mula menginovasikan hidangan popular dari Perancis ini dengan menukar bahan utama menggantikan croissant.

Menjadi antara hidangan paling laris terjual serta mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan Ned & Nat Cafe di Taman Rasmi Jaya, Ampang, berikut merupakan perkongsian menu daripada pemilik restoran. Selamat mencuba.

BAHAN-BAHAN

10 gram (g) empingan jagung.

15 g kacang walnut.

4 keping Toasted Butter Croissant.

5g strawberi segar.

5g kiwi segar.

5g beri biru segar.

Titisan sos karamel masin.

Whipped Cream dihias di bahagian tepi.

Taburan snow sugar.

CARA PENYEDIAAN

1. Toasted Butter Croissant adalah bahan paling asas perlu disediakan terlebih dahulu.

2. Bagi satu saiz hidangan, ia memerlukan sebiji telur, 5 gram (g) krim masakan, 5g gula dan digaul sebati.

3. Salutkan croissant ke dalam adunan telur dan panaskan di atas kuali yang sudah diletakkan mentega atau marjerin sehingga bertukar warna menjadi kuning keemasan.

4. Taburkan bahan-bahan seperti strawberi, kiwi dan beri biru serta titisan sos karamel masin dan whipped cream dihiaskan di sudut pinggan.

5. Taburkan snow sugar, kemudian ia siap dihidangkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN