boots lady

Sukakan cabaran, tidak pernah lelah bekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Figura hebat ini namanya cukup dikenali di Sarawak. Datuk Normah Ibrahim atau mesra disapa Datuk Emma Ibrahim merupakan Pengasas Red Profile Sdn. Bhd.

Beliau kini berusia 53 tahun cukup memberi inspirasi kepada wanita supaya berdikari dan tidak mudah putus asa dalam kehidupan terutama dalam menjalankan perniagaan meskipun memasuki 50 tahun.

Melihat kepada kebolehan lelaki meneraju sesuatu perniagaan membuatkan dirinya berkobar-kobar untuk menjadi sama kuat dan boleh berjaya seperti usahawan lelaki. Gelaran boots lady adalah suatu yang berharga buat dirinya.

“Sebelum saya bergelar usahawan dan jalankan bisnes, saya bekerja di bank. Ramai yang tanya bagaimana saya boleh digelarkan boots lady?

“Saya bermula terjun ke bidang perniagaan ketika itu saya lihat tidak ada seorang pun Bumiputera membuat kasut di Sarawak. Saya pula minat dengan kasut dan saya belajar cara buat kasut.

“Jadi, bila saya ada kilang kasut kulit sendiri bermula daripada situlah saya ditawarkan untuk membekal kasut kulit, boots kepada kerajaan terutama badan uniform. Gelaran boots lady kerana saya membekalkan kasut kepada tentera, bomba, polis dan lain-lain,” kongsinya kepada Seri.

SUKA MENCUBA SESUATU

Emma bukan sekadar mempunyai kilang kasut sendiri tetapi beliau juga belajar dan berpengalaman membuat kasut khas kepada ratu-ratu cantik negara dan Sarawak serta dipakai model untuk peragaan fesyen dan sebagainya.

Dalam masa sama beliau mencuba menjalankan bisnes produk kecantikan dan kosmetik untuk pasaran Indonesia, import eksport produk Malaysia ke luar negara, membekalkan makanan bermasak ke sekolah berasrama di Sarawak dan banyak lagi.

Ibu empat anak ini juga pernah ‘terduduk’ ketika pandemik Covid-19 apabila rugi berjuta ringgit kerana tidak menerima pesanan dan membekalkan pesanan kasut.

“Covid-19 mengajar saya erti menghargai kehidupan. Bayangkan daripada 20 staf kini tinggal lapan sahaja. Walaupun rugi, saya kekalkan perniagaan tapi kurangkan skop kerana saya memahami masih ramai orang mahu bekerja.

“Saya pula kalau buat sesuatu bukan sekadar buat, contoh saya nak buat kasut saya mahu ada kilang sendiri. Mula-mula memang sukar, tetapi apabila timba banyak pengalaman, menang pelbagai anugerah dan saya bangga dengan kejayaan itu,” kata beliau.

Namun kini Emma mahu memperlahankan perniagaan kasut dan kosmetik untuk menceburi bidang baharu yang lebih mencabar.

“Saya suka untuk mencuba sesuatu baharu dan yang lebih mencabar kerana apabila lebih mencabar ia lebih seronok. Bila kita kita boleh tempuhi cabaran, kita akan lalui kejayaan.

“Saya akan kembali dengan perniagaan yang menawarkan pakej pelancongan mewah atau Travel Luxury Holiday ke Taiwan dan Shanghai, China serta mengeksport batu bara dari Kalimantan untuk pasaran China pada Oktober ini,” kongsinya.

WANITA JANGAN BERGANTUNG PADA LELAKI

Sebagai seorang yang menghargai wanita lain, nasihat Emma supaya semua wanita boleh berdikari dan tidak bergantung kepada sesiapa meskipun suami.

Ini terjadi kepada beliau sendiri apabila arwah suami disahkan kanser dan meninggal dunia telah memberi tamparan hebat kepadanya.

“Suami sudah biasa sediakan segala-galanya untuk kita. Tapi, duit yang ditinggalkan lama-lama boleh habis juga. Jadi, nasihat saya banyak mana pun duit suami, wanita perlu berdikari. Saya suka kalau wanita ada pendapatan sendiri. Tidak kira sama ada bekerja atau menjalankan perniagaan.

“Usah bergantung kepada suami, boleh jadi suami meninggal, perceraian atau lelaki beralih mahupun kedekut. Jadi, wanita perlu kuat, perlu bekerja kerana kita tidak tahu jodoh dan kematian. Saya juga selalu berpesan pada menantu untuk teruskan bekerja sebab kita tidak tahu suatu hari nanti apa akan terjadi,” nasihat beliau.

Emma kini tersenyum bahagia apabila berjumpa dengan seseorang yang ikhlas mahu menjaganya dan anak-anak yang dinikahi pada Jun lalu. Datuk Justin Jinggut, 60, merupakan seorang lelaki yang berjaya tambat hati Emma.

Namun kata Emma, bukan mudah untuk menggantikan arwah suami kerana beliau tidak pernah terfikir ke arah itu namun semuanya dibuat kerana anak bongsunya, Isaac, 12, yang dahagakan kasih sayang seorang bapa. Kini Emma mempunyai enam anak termasuk dua anak daripada suami baharunya, Hurrang 36 dan Jelo, 39.

PERNAH RASA NAK BUNUH DIRI, ANXIETY

Kehilangan suami ketika usianya 48 tahun dan tiga anak masih bersekolah di luar negara, seorang pula masih kecil pernah membuatkan diri Emma begitu tertekan, sedih, ‘overthinking’ sehingga mahu bunuh diri.

“Terfikir nak bunuh diri tapi ketika itu saya fikir saya orang Islam jadi tidak akan buat begitu. Saya sudah biasa bergantung dengan suami, jadi terduduk jua. Sebab dia yang menjaga keluarga, tanggungjawab besar juga daripada suami.

“Kematian sangat berbeza dengan perceraian. Selepas empat tahun melaluinya barulah saya dapat kekuatan. Selama empat tahun jugalah saya selalu menangis sepanjang masa.

“Doktor psikologi saya banyak menasihati untuk tidak terlalu ‘overthinking’ kerana akan mudah untuk dapat anxiety. Jadi masa itu, saya cuba positifkan minda, fikir diri masih cantik untuk dihargai, semuanya saya buat untuk elak sedih dan kecewa,” katanya.

TUNGGANG KUDA UNTUK CANTIKKAN BADAN

Meskipun sudah memasuki 50-an, susuk tubuh Emma masih menawan dan cantik. Beliau sangat aktif menunggang kuda untuk memiliki bentuk badan yang cantik.

“Saya sangat aktif. Saya suka bergerak dan mengeluarkan peluh. Saya paling suka menunggang kuda kerana ia sebagai terapi buat saya, kuda boleh berkomu­nikasi dengan kita.

“Bila kita menunggang kuda, semua bahagian tubuh turut bergerak, jadi badan akan fit, cantik, perut pun senang kempis. Saya sudah berbelas-belas tahun jadikan aktiviti menunggang kuda sebagai aktiviti wajib.

“Kalau tak dapat menunggang kuda, saya akan berjoging setiap hari untuk keluarkan peluh,” tuturnya.

Beliau juga turut menjaga pemakanan, elak makanan manis dan tidak makan nasi selain suka memasak.

“Saya lebih kepada kentang dan makanan Barat. Saya suka memasak tetapi Western adalah pilihan saya dan arwah suami. Kalau roti, saya hanya makan croissant. Saya elak untuk makan banyak tapi kerap sebab saya ada gastrik.

“Saya memang elak pengambilan gula, aiskrim, puding dan kek. Bila terbiasa tak makan banyak, badan juga akan maintain dan sihat,” katanya.

RASA SIMPATI MENEBAL

Meskipun mempunyai segala-galanya dan anak-anak yang dilahirkan dengan serba kemewahan, Emma seorang yang sangat rendah diri dan lebih suka memikirkan tentang orang di sekelilingnya.

“Saya sangat sensitif dengan orang yang tidak dapat makan apa yang kita makan. Jadi, saya tidak mahu dan sesekali berkongsi gambar di media sosial jika makan di restoran mewah.

“Kecuali saya pergi ke restoran kampung saya akan ambil video dan kongsikan kerana makanan itu semua orang boleh makan.

“Begitu juga dengan anak-anak, saya selalu pesan jika berada di luar negara untuk tidak memuat naik gambar-gambar yang menyinggung orang lain atau menayang kemewahan. Cukup sekadar ambil gambar berfesyen, outfit of the day (OOTD) atau gambar kenangan dengan rakan dan keluarga,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Kerugian bersih Petronas Chemicals mengecil kepada RM289 juta ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI [email protected] PETALING JAYA: Petronas Chemicals Group Berhad (PCG) mencatatkan kerugian bersih bagi tiga bulan berakhir pada 30 September 2025 kepada RM289 juta, berbanding RM789 juta pada suku yang sama tahun lalu, menurut pemfailan syarikat kepada Bursa Malaysia. Ia adalah hasil daripada pengurangan kesan negatif pertukaran asing dan ketiadaan butiran luar biasa yang direkodkan pada suku kedua 2025. Pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) melonjak 26 peratus kepada RM497 juta, disokong oleh penyebaran produk yang lebih baik, terutamanya bagi urea dan ammonia, serta kerugian pertukaran asing tidak direalisasikan yang lebih rendah. Kadar penggunaan loji purata PCG meningkat kepada 90 peratus, mencerminkan pemulihan prestasi operasi meskipun kerja penyelenggaraan berkala dijalankan di PC Fertiliser Sabah. Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PCG, Mazuin Ismail berkata, prestasi kumpulan pada suku ini mencerminkan faedah nyata daripada disiplin operasi dengan peningkatan prestasi loji secara keseluruhan, sementara syarikat melaksanakan kerja-kerja pemulihan yang dirancang pada loji baja di Sipitang, Sabah. “Penutupan ini telah dilaksanakan dengan selamat dan disiapkan mengikut jadual. “Kumpulan terus memberi tumpuan kepada peningkatan kecekapan operasi, pelaksanaan inisiatif pengoptimuman kos dan pencarian peluang secara aktif untuk penciptaan nilai. “Pendekatan berdisiplin ini telah menghasilkan peningkatan melebihi RM400 juta dalam EBITDA bagi tempoh tahun sehingga kini. Kami kekal komited untuk memacu inovasi dan memperluas portfolio untuk memenuhi keperluan pelanggan dengan lebih baik,” katanya dalam kenyataan. Dalam segmen bahan termaju dan salutan di bawah perniagaan kimia khusus, permintaan terhadap penyelesaian salutan yang lebih kukuh dan tahan lama terus meningkat. “Melalui segmen bahan kimia khusus, kami telah memperkukuh penawaran dengan pengenalan rangkaian Neptem™ sebagai bahan pengemulsi untuk alkid bawaan air, yang bertujuan untuk mengurangkan sebatian organik yang meruap dalam produk cat dan salutan. “Dengan ini jumlah keseluruhan produk baharu yang dibangunkan setakat tahun ini adalah 15 produk,” katanya. Menjelang akhir Jun, pihaknya telah memulakan Ujian Kebolehpercayaan Pemiutang (CRT) di Pengerang Integrated Complex . “Namun, berikutan keadaan pasaran yang kekal lemah, kami telah mengambil keputusan untuk menangguhkan pelaksanaan CRT dan akan memulakannya semula apabila keadaan pasaran kembali pulih. “Sementara itu, loji kami terus beroperasi tahap optimum bagi memastikan margin terbaik serta memenuhi keperluan pelanggan. Kami yakin dengan mengekalkan fleksibiliti dan fokus kepada penciptaan nilai, PCG akan berada pada kedudukan yang kukuh untuk merebut peluang baharu,” katanya. PCG menjangkakan persekitaran operasi akan kekal mencabar dalam jangka masa terdekat berikutan industri terus berdepan dengan keadaan bekalan berlebihan dan pertumbuhan permintaan yang perlahan, yang memberi tekanan berterusan ke atas margin. Selain itu, PCG kekal berhati – hati terhadap segmen Olefin & Derivatif memandangkan kebanyakan produk menghadapi lebihan bekalan di tengah-tengah kelembapan bermusim. Metanol pula berpotensi mencatat peningkatan, susulan sekatan eksport dari China yang dijangka menyokong harga urea menjelang musim penanaman di India, manakala harga metanol juga dijangka mendapat sokongan berikutan keutamaan keperluan tenaga pada musim sejuk. PCG mengekalkan pandangan konservatif terhadap segmen kimia khusus kerana pasaran akhir seperti pembinaan dan automotif terus berdepan cabaran akibat permintaan yang lebih rendah.