Nasi kambing segera mudah disediakan - Utusan Malaysia

Nasi kambing segera mudah disediakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Nasi kambing memang enak dimakan tambahan pula jika dipadukan bersama air asam.

Namun, penyediaannya secara tradisional agak renyah selain bahan yang agak banyak.

Minggu ini Seri kongsikan resipi nasi kambing segera daripada Fathin Aliya Hamdan.

Kaedah penyediaan yang lebih ringkas dan masa penyediaannya juga lebih singkat.

Bahan-bahan

Cecair campuran – 3 cawan sup kambing dan 1 setengah cawan susu cair.

2 tin sup kambing Adabi

2 keping daun salam

2 sudu mentega/minyak sapi

2 biji bawang merah kecil (potong nipis)

2 ulas bawang putih (potong nipis)

2 biji cili merah besar

4 sekawan

Daun pandan

Kacang (pilihan)

Garam (pilihan)

Telur rebus

Bahan Air asam

Bahan kisar

1 biji Bawang besar

1 ketul belacan (dua ibu jari)

4 ulas bawang putih

3 biji cili merah besar

4 biji cili padi (nak pedas letak lebih)

Sedikit air atau air asam untuk mengisar

Bahan potong nipis

2 biji bawang besar

1 biji cili merah

2 biji cili padi

2 biji tomato

Bahan perasa

Air asam jawa atau pes asam jawa

2 sudu gula

1 sudu garam

1 biji limau nipis

Penyediaan nasi

Tumis empat sekawan, bawang, daun salam dan daun pandan sampai sedikit kekuningan.

Masukkan beras, masak dalam seminit dan kemudian pindah ke dalam periuk nasi.

Masukkan cecair campuran yang sudah disediakan dan cili besar merah.

Bila beras sudah hampir masak, masukkan kambing, kacang, telur rebus dan sedikit pewarna kuning.

Tutup periuk dan rehatkan selama 15 minit.

Tabur bawang goreng dan daun sup atau daun ketumbar. Nasi siap dihidangkan.

Penyediaan air asam

Kisar semua bahan dengan sedikit air.

Perasakan dengan air asam jawa, gula dan garam.

Masukkan semua bahan potong nipis. Kacau rata. Air asam siap dihidangkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN