Sejak beberapa minggu lalu, tular di media sosial resipi kuih tradisional yang diberi nafas baharu ini. Kaswi pandan gedik nama diberi kerana tekstur kuih yang sangat lembut dan enak untuk dinikmati.
Minggu ini Seri kongsikan resipi mudah daripada Hidayati Hana Abd. Malek untuk membuat kuih ini.
Paling penting, ada juga resipi bonus, santan leleh yang dimakan bersama kuih kaswi.
Paduan santan berlemak dengan kuih kaswi yang manis sudah tentu membangkitkan selera. Selamat mencuba.
KASWI PANDAN GEDIK
Bahan
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
1 sudu besar tepung beras
3/4 cawan gula
1/2 cawan air pandan
1/4 cawan santan pekat
1/2 sudu kecil garam
2 cawan air
1 sudu kecil air kapur
2-3 titis perwarna hijau
Sedikit minyak masak untuk sapuan
Langkah penyediaan
Campur kesemua bahan kecuali minyak masak, kacau sebati sehingga larut.
Tapiskan adunan.
Panaskan air kukusan.
Sapukan acuan dengan sedikit minyak masak.
Tuangkan adunan hingga penuh.
Kukuskan selama 20 minit dengan api sederhana.
SANTAN LELEH
Bahan
200 gram santan kotak.
100 gram air.
1/4 sudu kecil garam.
1 sudu besar tepung beras.
1 helai daun pandan.
Langkah penyediaan
Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk.
Masakkan sehingga santan mendidih dan pekat.
Tutup api dan biarkan sejuk
Masukkan ke dalam piping bag.
Paipkan santan diatas kuih kaswi.
Taburkan bijan yang telah disangai diatasnya jika suka.
Siap dihidangkan.










