BISKUT Puteri Salju menjadi sajian istimewa pada musim perayaan. Biskut ini asalnya berbentuk bulan sabit disaluti gula halus berwarna putih seperti salju.
Untuk kelainan, Pengasas dan Pemilik Mad About Cake, Cef Wan Noor Zamran Hashim mengolah resipi asal biskut Puteri Salju kepada Pinky Almond.
Resipi Pinky Almond menggunakan bahan tambahan seperti perasa strawberi untuk rasa dan warna pink pada biskut serta beberapa bahan lain.
Bahan-bahan
125 gram (g) mentega
75 g gula
25 g susu pekat
140 g tepung
25 g tepung jagung
25 g tepung kastad
25 g nestum
50 g chocolate rice dan bertih beras pelbagai warna
30 g ground almond atau badam
1 sudu teh pes strawberi
Bahan untuk coating
Serbuk roti
Coklat masakan perasa strawberi
Cara penyediaan
Masukkan mentega bersama gula dan susu pekat. Kacau rata.
Masukkan perisa strawberi dan gaul sebati.
Masukkan semua bahan bahan kering dan kacau lagi.
Setelah itu, ulikan adunan menjadi bentuk bulat dan leperkan mengunakan garfu.
Bakar pada suhu 160 ke 180 darjah selsius hingga tidak melekat lebih kurang 20 minit mengikut saiz biskut.
Setelah masak, biarkan ia sejuk.
Untuk coating, cairkan coklat masakan perasa strawberi dan celupkan biskut sepenuhnya dengan sekata.
Kemudian masukkan salutan tadi ke dalam serbuk roti dan biarkan seketika. Susun biskut ke dalam balang. Selamat mencuba!










