Jendela klasik masih relevan

Jendela klasik gamit nostalgia kampung

Zaharah bersama suami di bahagian ruang tamu kediaman
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Lihat sahaja di bahagian hadapan rumah, mata sudah tertancap pada rekaan tingkap kaca berwarna-warni.

Rasanya sudah lama tidak melihat tingkap klasik sedemikian yang selalunya sering di pakai di rumah-rumah kampung zaman dahulu.

Namun, pemilik kediaman, Zaharah Mohd. Yusof bersama suami, Mohd. Khairi Ismail memilih untuk mengetengahkan elemen klasik pada bahagian hadapan kediaman mereka yang didiami sejak 2005.

“Saya masih mengekalkan tingkap klasik yang unik dengan menggunakan kaca-kaca yang berwarna-warni yang hanya terdapat di rumah kampung sahaja.

“Sehinggakan ada juga jiran-jiran yang turut terjebak menggunakan konsep yang sama macam saya. Kata mereka, ia malar segar dan klasik,” jelasnya.

Kata Zaharah lagi, elemen klasik pada bahagian tingkap itu dipadankan dengan tema rumah ladang moden yang diterapkan pada bahagian hiasan dalaman.

Katanya, padanan berkenaan dipilih kerana ia boleh menggunapakai konsep suai padan dengan mudah, sekaligus menjimatkan.

“Konsep ini senang digayakan dan mudah mencari bahan-bahan kerana elemen-elemen warnanya banyak yang berkonsepkan putih, hitam dan warna-warna semula jadi.

“Konsep ini juga dapat bertahan lama sebab banyak menggunakkan unsur-unsur pokok yang kehijauan dan tidak nampak berserabut,” jelasnya.

Tambahnya, keistimewaan konsep yang dipilih juga adalah ia malar segar.

“Contohnya, saya ada meja dan kabinet yang berasal daripada kayu jati. Saya cuma ubahsuai dengan mengecat perabot-perabot tersebut dengan warna putih dan terus dapat disuaipadan tanpa perlu membeli perabut baharu serta nampak estetik.

“Konsep ini jugak menjadikan rumah nampak tenang dan luas,” jelasnya.

Bagaimana pun, katanya, konsep ini agak terhad daripada segi pemilihan warna kerana hanya tertumpu pada warna-warna lembut.

Selain itu, katanya, kecantikan dan kesesuaian barang yang di dekorasi haruslah praktikal dan memudahkan seisi keluarga pada setiap masa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya