pakaian sukan modest

Inspirasi gaya Athleisure Modest

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 2016, pakaian sukan yang modest mula mendapat perhatian di pentas peragaan antarabangsa. Fenomena inidipengaruhi oleh peningkatan kesedaran terhadap keperluan pakaian sukan yang mematuhi nilai-nilai agama dan budaya, serta permintaan yang meningkat daripada wanita Muslimah yang ingin menjalani gaya hidup aktif.

Salah satu momen penting pada tahun itu yang saya masih ingat adalah penglibatan jenama pakaian sukan ternama, seperti Nike dan Adidas, dalam melancarkan koleksi athleisure modest.

Athleisure adalah gaya pakaian sukan yang menggabungkan elemen-elemen fesyen kontemporari dan sesuai dengan nilai-nilai agama Islam.

Athleisure untuk wanita Muslimah menawarkan pilihan pakaian sukan yang memenuhi keperluan penutupan aurat dan keselesaan untuk gaya hidup aktif.

Kolaborasi Nike dan Adidas dengan pereka fesyen Muslimah dan model Muslimah ternama membantu mempopularkan konsep pakaian sukan athleisure modest di pentas peragaan antarabangsa.

Wanita Muslimah yang berpengaruh dalam industri fesyen dan gaya hidup aktif menggunakan platform ini untuk memperlihatkan gaya pakaian athleisure modest mereka kepada dunia.

Sejak itu, trend pakaian sukan athleisure modest terus berkembang dan mendapat pengiktirafan di pentas peragaan antarabangsa.

Ia telah mempengaruhi industri fesyen global, dengan jenama-jenama terkenal dan pereka fesyen melancarkan koleksi yang menggabungkan elemen pakaian sukan dan gaya yang sesuai untuk wanita Muslimah.

Minggu ini, bagi dirimu yang ingin mencari inner tudung yang sesuai untuk gaya athleisure atau semasa bersukan, pilihan saya adalah dari jenama InnerSejuk.

Koleksi dari jenama InnerSejuk ini menampilkan inner tudung yang kelihatan rapi dan kemas mengikut gaya anda sama ada flatter fit atau inner awning bagi mendapatkan bentuk yang tajam supaya tudung tidak jatuh menempek di dahi.

Inner neck yang mempunya elastic di bawah dagu ini memberi ilusi bentuk wajah yang sedikit bujur dan mudah untuk dimasukkan ke dalam baju hingga tidak menampakkan leher. No-fuss untuk kelihatan rapi dan kemas semasa aktiviti riadah dengan inner tudung ini.

Tips saya pada minggu ini, padankan pakaian athleisure dengan pakaian lain yang memberikan keseimbangan.

Misalnya, jika memakai seluar sukan, padankan dengan blaus atau jaket yang longgar.


Hindari padanan pakaian athleisure dengan pakaian yang terlalu kasual atau terbuka. Layering menggunakan jaket sangat sesuai bagi kelihatan sopan.

Pilih pakaian athleisure yang terbuat daripada material yang berkualiti dan selesa. Inovasi material seperti kain teknikal atau kain berkebolehan menyerap keringat adalah pilihan yang baik.

Pastikan pakaian tersebut memungkinkan pergerakan bebas dan memberikan keselesaan semasa beraktiviti dan jangan lupa akan aksesorimu.

Tambahkan aksesori yang sesuai untuk melengkapkan penampilan athleisuremu.

Misalnya, dirimu boleh memakai inner tudung dari InnerSejuk yang sesuai dengan warna dan gaya pakaian athleisure bersama jaket hoodie. Aksesori seperti topi, beg atau kasut yang sesuai juga dapat membuatkan dirimu on-trend.
Jangan lupa untuk muat naik swafoto dirimu dan hashtag #innersejuk.

InnerSejuk:
Instagram: @innersejuk

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Kerugian bersih Petronas Chemicals mengecil kepada RM289 juta ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI [email protected] PETALING JAYA: Petronas Chemicals Group Berhad (PCG) mencatatkan kerugian bersih bagi tiga bulan berakhir pada 30 September 2025 kepada RM289 juta, berbanding RM789 juta pada suku yang sama tahun lalu, menurut pemfailan syarikat kepada Bursa Malaysia. Ia adalah hasil daripada pengurangan kesan negatif pertukaran asing dan ketiadaan butiran luar biasa yang direkodkan pada suku kedua 2025. Pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) melonjak 26 peratus kepada RM497 juta, disokong oleh penyebaran produk yang lebih baik, terutamanya bagi urea dan ammonia, serta kerugian pertukaran asing tidak direalisasikan yang lebih rendah. Kadar penggunaan loji purata PCG meningkat kepada 90 peratus, mencerminkan pemulihan prestasi operasi meskipun kerja penyelenggaraan berkala dijalankan di PC Fertiliser Sabah. Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PCG, Mazuin Ismail berkata, prestasi kumpulan pada suku ini mencerminkan faedah nyata daripada disiplin operasi dengan peningkatan prestasi loji secara keseluruhan, sementara syarikat melaksanakan kerja-kerja pemulihan yang dirancang pada loji baja di Sipitang, Sabah. “Penutupan ini telah dilaksanakan dengan selamat dan disiapkan mengikut jadual. “Kumpulan terus memberi tumpuan kepada peningkatan kecekapan operasi, pelaksanaan inisiatif pengoptimuman kos dan pencarian peluang secara aktif untuk penciptaan nilai. “Pendekatan berdisiplin ini telah menghasilkan peningkatan melebihi RM400 juta dalam EBITDA bagi tempoh tahun sehingga kini. Kami kekal komited untuk memacu inovasi dan memperluas portfolio untuk memenuhi keperluan pelanggan dengan lebih baik,” katanya dalam kenyataan. Dalam segmen bahan termaju dan salutan di bawah perniagaan kimia khusus, permintaan terhadap penyelesaian salutan yang lebih kukuh dan tahan lama terus meningkat. “Melalui segmen bahan kimia khusus, kami telah memperkukuh penawaran dengan pengenalan rangkaian Neptem™ sebagai bahan pengemulsi untuk alkid bawaan air, yang bertujuan untuk mengurangkan sebatian organik yang meruap dalam produk cat dan salutan. “Dengan ini jumlah keseluruhan produk baharu yang dibangunkan setakat tahun ini adalah 15 produk,” katanya. Menjelang akhir Jun, pihaknya telah memulakan Ujian Kebolehpercayaan Pemiutang (CRT) di Pengerang Integrated Complex . “Namun, berikutan keadaan pasaran yang kekal lemah, kami telah mengambil keputusan untuk menangguhkan pelaksanaan CRT dan akan memulakannya semula apabila keadaan pasaran kembali pulih. “Sementara itu, loji kami terus beroperasi tahap optimum bagi memastikan margin terbaik serta memenuhi keperluan pelanggan. Kami yakin dengan mengekalkan fleksibiliti dan fokus kepada penciptaan nilai, PCG akan berada pada kedudukan yang kukuh untuk merebut peluang baharu,” katanya. PCG menjangkakan persekitaran operasi akan kekal mencabar dalam jangka masa terdekat berikutan industri terus berdepan dengan keadaan bekalan berlebihan dan pertumbuhan permintaan yang perlahan, yang memberi tekanan berterusan ke atas margin. Selain itu, PCG kekal berhati – hati terhadap segmen Olefin & Derivatif memandangkan kebanyakan produk menghadapi lebihan bekalan di tengah-tengah kelembapan bermusim. Metanol pula berpotensi mencatat peningkatan, susulan sekatan eksport dari China yang dijangka menyokong harga urea menjelang musim penanaman di India, manakala harga metanol juga dijangka mendapat sokongan berikutan keutamaan keperluan tenaga pada musim sejuk. PCG mengekalkan pandangan konservatif terhadap segmen kimia khusus kerana pasaran akhir seperti pembinaan dan automotif terus berdepan cabaran akibat permintaan yang lebih rendah.