Hifu tidak sakit, tapi efektif untuk keremajaan kulit - Utusan Malaysia

Hifu tidak sakit, tapi efektif untuk keremajaan kulit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NAK cantik tak perlu suntik sana sini. Rawatan botox sering antara sering dikaitkan kalau mahu mendapatkan kulit wajah tegang dan muda.

Sebenarnya, tanpa suntikan juga boleh dapat kulit yang glowing dan tegang. Banyak rawatan kecantikan terkini yang berteknologi tinggi tanpa menggunakan jarum, tetapi kesannya sangat mengujakan.

High-intensity focused ultrasound (HIFU) adalah teknik mengangkat dan meremajakan kulit serta menggalakkan penghasilan kolagen di dalam kulit melalui tenaga ultrasound.

Tenaga Pengajar dan Pengasas The Beauty Expert Academy, Mastura Idris berkata, rawatan berkenaan memiliki gelombang ultrasonik yang dapat mengencangkan kulit yang mengendur tanpa melakukan suntikan atau pembedahan plastik.

“Fungsinya seperti face lift, tetapi rawatan ini bersifat ultrasound yang tidak menimbulkan rasa sakit.

“Ia sesuai untuk mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun ke atas,” katanya kepada Seri.

Mengulas mengenai disiplin rawatan, katanya Hifu hanya perlu dilakukan dua kali sebulan bagi mendapatkan kesan lebih efektif seperti wajah kelihatan runcing tanpa ada double chin atau kantung mata yang menyebabkan mata sembab atau bengkak.

“Anda mungkin akan rasa sakit ringan-ringan seperti gigitan semut dan akan reda selepas itu. Menariknya, tiada pantang larang selepas rawatan tetapi hasilnya terlihat dalam tempoh serta-merta,” katanya.

KELEBIHAN HIFU:

KULIT WAJAH TEGANG
HIFU Treatment dapat mengencangkan kulit yang mengendur di kawasan leher atau jawline dan sekitar tulang selangka.

BYE BYE MATA PANDA
Kulit wajah yang menegang akan mengurangkan garisan-garisan halus atau kedutan yang muncul pada wajah dan semestinya dapat meredakan eye bag di sekitar mata.

KEDUTAN HILANG
Mengurangkan kerutan pada wajah. Menaik dan mengangkat kulit sekitar pipi, kelopak mata dan smile line. Ia beri efek rahang lebih terbentuk cantik.

KULIT MULUS
Menghaluskan dan mencerahkan kulit wajah serta-merta.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya