Warna dinding beri sentuhan ketenangan - Utusan Malaysia

Warna dinding beri sentuhan ketenangan

Warna seakan musim menuai bagi yang menggemari suasana hangat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Warna dinding terutamanya di bahagian ruang tamu memainkan peranan penting dalam membangunkan suasana di sesebuah kediaman.

Pemilihan warna yang betul dapat memberikan suasana yang lebih tenang, damai dan luas biarpun pada ruangan terhad.

Bagi yang menginginkan suasana tenang, sudah tentu warna cat bernada lembut boleh dipertimbangkan.

Seperti koleksi terbaharu Warna Tahunan 2023 daripada Akzonobel iaitu Wild Wonder yang diinspirasikan oleh nada lembut hasil tuaian tanaman.

Koleksi yang dihasilkan oleh sekumpulan pakar warna cat itu berasaskan alam semula jadi direka khas untuk penggemar yang ingin menikmati keajaiban alam semula jadi.

Buat pertama kalinya, jenama berkenaan melancarkan keseluruhan palet diinspirasikan oleh irama alam bagi mewujudkan suasana kediaman yang lebih selesa dan bagai berada di tengah-tengah alam semula jadi.

Bagi yang menggemari warna hutan, kod Lush adalah pilihan yang tepat, manakala kod Buzz pula sesuai untuk membangkitkan suasana cerah bagaikan di padang ragut.

Warna Raw pula memberikan suasana sedikit hangat seakan warna ketika musim menuai dan warna Flow pula sesuai untuk yang menggemari suasana pantai.

Paling penting, warna-warna itu kesemuanya dalam tona warna lembut yang menjadikan dinding lebih bergaya serta tidak lapuk ditelan zaman.

Pengarah Urusan, Cat Hiasan AkzoNobel Asia Tenggara dan Asia Selatan, Oscar Wezenbeek berkata, pelancaran cat warna semula jadi itu merupakan masa yang tepat memandangkan kebimbangan mengenai kesihatan mental semakin meningkat di seluruh dunia.

“Inilah masa terbaik mewujudkan suasana rumah yang mempunyai sentuhan ketenangan alam semula jadi.

“Kita memerlukan ruang yang boleh memberikan kita sokongan di kala berdepan masa yang mencabar, ruang yang membawa bayangan alam, keindahan landskap dan mencetuskan rasa kekitaan,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN