RAMAI pastinya sudah mengetahui tentang Perdana Menteri baharu Britain, Rishi Sunak yang mencetus fenomena sebagai perdana menteri termuda dan pemimpin berbangsa india pertama dilantik mengetuai negara itu baru-baru ini. Tetapi masih ramai yang mungkin ingin mengenali lebih rapat, Wanita Pertama Britain, Akshata Murty yang berada di sebalik kejayaan Sunak kerana kekayaan luar biasa dimilikinya. Akshata mula mendapat perhatian selepas beliau menghidangkan teh dan biskut kepada wartawan yang menunggu di luar…