Tanggungjawab bapa adalah untuk menjadi pelindung, pembimbing dan menjauhkan segala keburukan dari memudaratkan anak- anak.
Pun begitu bukan semua yang bergelar bapa mampu menunaikan tanggungjawab sebaliknya menjadi penghancur masa depan anak.
Minggu ini saya kongsikan kisah Amy (bukan nama sebenar) yang menjadi mangsa nafsu serakah bapa sendiri.
Noda hitam dalam hidupnya itu juga akhirnya menyebabkan dia ketagihan seks dan sanggup memperdagangkan tubuh semata-mata untuk keseronokan dan memuaskan nafsu.
Akibat sering melakukan hubungan seks di usia kanak-kanak, membuatkan Amy berasa seronok.
Kesempatan itu diambil bapa Amy untuk melampiaskan nafsu serakahnya setiap kali pulang dari tempat kerja.
Jika pada awalnya, Amy melakukan seolah-olah dipaksa, bermula dari minggu, bulan dan tahun akhirnya menjerumuskannya kepada masalah ketagihan seksual.
Pengalaman pahit itu dikongsikan sendiri Amy kepada saya dalam pertemuan diatur sebuah pusat perlindungan remaja dan wanita di Pantai Timur baru-baru ini.
Menceritakan detik hitam dalam hidup, pertama kali Amy dinodai bapa ketika usianya 10 tahun.
Waktu itu dia sama sekali tidak tahu perbuatan lelaki berkenaan salah.
Lebih-lebih lagi, orang tuanya itu sangat disegani di kampung mereka.
Ketika itu Amy baru sahaja kehilangan ibu tercinta yang meninggal dunia akibat kanser usus.
Amy yang masih mentah itu disetubuhi sebanyak tiga kali seminggu.
Setelah memuaskan nafsu, bapa Amy mengancam memukulnya jika mengadu kepada orang lain.
Kerana takut, Amy berusaha menyembunyikan perbuatan bapanya itu sehingga usia memasuki 15 tahun.
Sepanjang hampir enam tahun itu, Amy terpaksa menuruti semua keinginan nafsu serakah bapanya.
Memasuki usia 13 tahun, Amy mulai sedar bahawa segala perbuatan bapa kandungnya itu salah di sisi agama.
Sebelum ini, dia kurang tahu, di mana batas seorang bapa dan anak.
Sejak kematian ibu, bapa menjadi tempat Amy bergantung harap dan kasih sayang.
Namun semakin meningkat remaja, Amy baru sedar hubungan mereka itu salah.
Mengetahui hal itu, Amy cuba menolak setiap kali diajak bapa melakukan hubungan intim.
Pun begitu siapalah Amy untuk menolak permintaan lelaki itu yang cukup sempurna dengan kata-kata manis dan pujuk rayu.
Dalam masa sama, Amy berasa seronok melakukan hubungan terlarang itu.
Ketika menginjak usia 15 tahun, Amy berkenalan dengan Rashid (bukan nama sebenar).
Amy mengambil keputusan untuk lari mengikut lelaki itu ke Kuala Lumpur.
Keluar mulut harimau, masuk mulut buaya. Itulah diibaratkan dengan nasib menimpa Amy.
Berdarah muda dan dek kerana terlalu sayangkan kekasihnya itu Amy sanggup mengikut apa sahaja kehendak dan permintaan lelaki itu.
Dia yang mengalami ketagihan seks gagal menolak pelawaan Rashid dan mengulanginya bersama rakan-rakan kekasihnya itu.
Mereka menjalani kehidupan seperti suami isteri berlanjutan sehingga empat tahun.
Namun segala-galanya berubah selepas Amy didapati hamil luar nikah pada Februari tahun ini.
Selepas menerima perkhabaran itu, Rashid secara tiba-tiba menghilangkan diri.
Pada awalnya, agak sukar Amy menerima kenyataan itu, namun dia tiada pilihan lain.
Dia perlu mencari kehidupan baru demi anak yang dikandung.
Amy tekad untuk berubah menjadi insan lebih baik.
Dipertemukan dengan seorang insan yang dikenali sebagai kak Reen (bukan nama sebenar), secara tidak sengaja ketika dia merayau-rayau mencari pekerjaan di sekitar pusat bandaraya, membuka lembaran baru dalam hidupnya.
Kak Reen yang merupakan sukarelawan di sebuah pusat perlindungan remaja dan wanita di ibu negara menawarkan tempat perlindungan di Kuantan, Pahang.
Tanpa berselindung Amy menceritakan segala-galanya kepada Kak Reen.
Dia yang sarat mengandung lapan bulan itu dijangka melahirkan anak, penghujung Oktober ini.
Sebelum mengakhiri perbualan, Amy sempat menitip pesan kepada remaja untuk menjadikan kisahnya sebagai teladan.
Amy mengakui kehidupannya musnah sejak dinodai bapa kandung apalagi kandung seterusnya ditinggalkan teman lelaki setelah hamil anak luar nikah.
Pun begitu, sejak tinggal di pusat perlindungan itu, persepsinya tentang kehidupan dan nasib telah berubah.
Pusat perlindungan itu banyak mengubah kehidupan kelamnya kepada lebih baik dan mula sedar bahawa hidayah itu milik Allah SWT yang dikurniakanNya kepada sesiapa sahaja termasuk dirinya.
Di pusat itu dia belajar banyak tentang agama yang selama ini ditinggalkan.
Pusat berkenaan banyak membantunya berubah dan mengenal diri sendiri.
Amy turut nekad membesarkan anak yang tidak berdosa itu seperti anak-anak lain.
Dia percaya sekiranya seseorang itu benar-benar insaf, bertaubat dan bersungguh-sungguh mahu mengubah diri, Allah SWT pasti akan membantu.
Iktibar yang kita boleh ambil daripada kisah Amy ini adalah bagaimana bapa memainkan peranan penting sebagai contoh dan idola kepada anak-anak mereka.
Anak akan membesar dengan minda yang cemerlang dan sihat serta dilimpahi kasih sayang.
Berkaitan kasih sayang, Nabi Muhammad SAW adalah contoh tauladan terbaik.
Menurut A’isyah R.A, Nabi Muhammad tidak pernah jemu untuk menunjukkan perasaan kasih sayang serta menghormati anak perempuannya Fatimah RA, walaupn di hadapan orang lain. Sifat ini amatlah terpuji sekali.
Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam. (Al-Anbiya 21:107).











