BERSAMA dengan pasangan hingga ke akhir hayat sepertinya menjadi kisah cinta yang didam-idamkan kebanyakan orang. Namun tiada sesiapapun yang dapat menjamin hidup kekal bahagia bersama pasangan. Perpisahan boleh terjadi kerana kematian atau bercerai hidup. Hakikatnya, perceraian tidak mengenal usia. Ada yang bercerai pada usia muda dan tempoh perkahwinan begitu singkat. Namun tidak juga dinafikan kemungkinan perceraian terjadi ketika suami dan isteri berusia lanjut, pernikahan yang sudah berlangsung puluhan tahun. Ada…