Resipi creampuff gebu gebas

Resipi creampuff gebu gebas

resipi
SITI FATIMAH AHMAD.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Tengok rupanya sudah tahu keenakan rasanya. Resipi ilham Siti Fatimah Ahmad ini boleh dicuba untuk hidangan sekeluarga.

Bahan A (choux pastry)
100 gram marjerin Pelangi

250 mililiter (ml) air

2 sudu gula

Sedikit esen vanila

Bahan B
130 gram tepung naik sendiri

Bahan 3
3 biji telur

Bahan D
Cream custard klasik

200 ml susu sejat

400 ml air

2 sudu tepung gandum

4 sudu tepung kastard

6 sudu gula (ikut kemanisan)

Sedikit garam untuk menaikkan lemak

Sedikit esen vanila

Cara penyediaan
Didihkan bahan A sehingga menggelegak dan marjerin betul-betul cair.

Perlahankan sedikit api dan masukkan bahan B iaitu tepung naik sendiri. Kacau laju-laju sehingga tepung rata dan menjadi doh.

Masukkan dalam mangkuk. Biarkan selama lima minit supaya doh sejuk sedikit.

Dengan menggunakan hand mixer masukkan telur satu per satu dan mix sehingga sebati. Adunan akan menjadi sedikit cair daripada tadi.

Masukkan adunan dalam piping beg. Paipkan adunan atas loyang seperti lingkaran sebesar 50 sen. Jangan terlalu rapat nanti doh akan mengembang.

Renjis doh dengan sedikit air untuk membantu doh naik dengan cantik.

Bakar dalam ketuhar selama 30 minit pada suhu 200 ke 220 darjah Celcius mengikut kesesuaian ketuhar.
Nota: Adunan creampuff memerlukan suhu yang agak tinggi untuk membantu doh mengembang dengan cantik.

Cara penyediaan adunan inti
Satukan kesemua bahan D. Kacau dahulu biar sebati.

Kemudian masakkan di atas dapur dengan api yang sederhana sehingga adunan menjadi pekat.

Hendaklah dikacau selalu supaya menghasilkan inti yang cantik dan licin.

Apabila sudah masak biarkan inti sejuk seketika. Jika suka boleh perahkan sesudu perahan jus lemon untuk membangkitkan rasa supaya tidak terlalu muak.

Masukkan kedalam piping beg. Paipkan ke dalam puff tadi. Untuk menaikkan seri bolehlah dihiaskan dengan snow powder. Selamat mencuba!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.